BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 4, 2010

KELUARGA

Tips Untuk Bahagia

Dalam kehidupan ini, memang tidak dapat dielakkan, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah peribadi, rumahtangga, di tempat kerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencari/mencapai kegembiraan dalam kehidupan harian kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan/ketidakgembiraan tersebut kepada satu keadaan yang kita sendiri rasa bahagia/gembira. perlu diingat bahwa sekiranya kita ingin melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan citarasa dan naluri masing-masing. Kita tidak perlu memaksakan diri untuk terus menggunakan sesuatu yg baru tetapi tidak terlalu sesuai untuk kita, bolehlah memprektikkannya secara perlahan-lahan, semoga akhirnya ia dapat memberikan kegembiraan kapada kita.

Di sini dijelaskan beberapa teknik yang mungkin dpt dilakukan untuk membuat kt bahagia : -

1. Cobalah membaca sesuatu yg menyenakan dan kita minati dengan cara ini anda dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita.

2. Jauhkan diri daripada orang yang boleh menyebabkan masalah pada diri anda.

3. Jangan suka menyebarkan fitnah atau gossip terhadap orang lain kerana ini boleh menyebabkan kita merasa tidak gembira.

4. Memberi bantuan terhadap yang memerlukan.

5. Melibatkan diri dalam olahraga seperti bermain badminton, bersenam, jogging dan sebagainya.

6. Mempunyai keluarga yang harmonis, suami yang memahami dan anak-anak yang menghormati ibu bapa orang tua.

7. Berjumpa dengan kawan-kawan lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah-kisah silam yang membahagiakan.

8. Mengajak kawan-kawan datang ke rumah atau berjumpa di luar.

9. Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.

10. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang tersebut seperti menjahit dan sebagainya.

11. Membuatkan orang lain gembira dengan mengembirakan diri sendiri.

12. Jadikan diri seorang pendengar yang baik.

13. Melakukan hobi seperti, mendengar musik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya.

0 comments: